Brightening Series-Super Hyaluronic Acid Serum

Sendayu Tinggi

  • $17.00
    Unit price per 
  • Saved $2

Only -23 left!

Fungsi :

  • Serum wajah bersifat ‘water-based’ dan bertekstur seakan gel cair yang sangat cepat menyerap pada kulit.
  • Menggunakan gabungan bahan-bahan tinggi hidrasi seperti Trehalose, Sodium Hyaluronate, Aloe Barbadensis Leaf Ectract dan Ethyl Ascorbic Acid untuk memberi lembapan yang intensif kepada kulit disamping membantu menjadikan kulit lebih anjal dan lembut.
  • Trehalose (sebutan “tray-ha-lose”) adalah sejenis molekul gula yang sering ditemui dalam cendawan shiitake kering dan rumpai laut kering. Ia berfungsi mengembalikan fungi ke bentuk asal setelah dibasahkan. Sebab itu, cendawan yang kering dan mengecut kembali kenyal dan lembut setelah direndam semula ke dalam air.
  • Menurut Dr Tan Kian Teo, dermatologi dan bekas konsultan National Skin Centre, molekul tersebut membentuk gel perlindungan yang menghalang sel dari berpecah apabila kering. Ini membolehkan fungi kembali ke bentuk asal sebaik sahaja menyentuh air.
  • Dalam industri kecantikan, Trehalose adalah ‘humectant’ yang menarik kelembapan dari sekeliling untuk melembapkan sel kulit dan menjadikan kompleksi kulit lebih cerah dan anjal. Ia memiliki keupayaan tinggi dalam menyimpan air.
  • Trehalose dikenalpasti memiliki partikel yang lebih kecil berbanding Sodium Hyaluronate dalam keberkesanan menyerap ke dalam lapisan kulit.
  • Trehalose juga lebih lembut pada kulit kerana ia terhasil dari sumber botani dengan hampir 0.0 % kemungkinan tanpa menyebabkan kesan sampingan ke atas kulit disamping memiliki keupayaan anti-oksida.
  • Gabungan Trehalose dan Hyaluronic Acid mencipta fungsi hidrasi yang lebih menakjubkan kerana kedua-dua memiliki fungsi yang saling melengkapi ; Trehalose menghalang pengeringan sel manakala Hyaluronic Acid mengikat air dan lembapan.
  • Sodium Hyaluronate merupakan sejenis glycosamine, iaitu komponen yang sangat penting untuk kulit. Ia terdapat pada tisu kulit dan berfungsi menstabil dan memelihara kulit, menghasilkan sel-sel kulit baru dan kulit kekal lembap setiap masa.
  • Sodium Hyaluronate bertindak dengan menarik dan mengekalkan kelembapan kepada kulit. Ia memiliki saiz partikel yang kecil untuk memudahkan penyerapan kedalam lapisan kulit bagi kelembapan yang maksima.
  • Aloe Barbadensis Leaf Extract atau Lidah Buaya, tinggi dengan pelbagai nutrient seperti Vitamin C, Vitamin E, Vitamin A, Zink, Aloectin B, dan Lignin/Selulosa yang bagus untuk kulit.
  • Vitamin C, Vitamin E dan Zink berfungsi sebagai antioksida dan membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin A dan Vitamin E juga membantu mencerahkan kulit yang kusam. Lignin/selulosa berfungsi menjaga kelembapan dan keanjalan kulit.  Manakala Aloectin B meransang sistem imunisasi & mempercepatkan proses penyembuhan luka
  • Selain itu, daun lidah buaya juga membantu mengatasi kulit berminyak kerana nilai pH lendiran dalam lidah buaya boleh membantu mengawal dan menyeimbang pengeluaran minyak berlebihan pada wajah.
  • 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, terhasil dari Ascorbic Acid iaitu salah satu Vitamin C yang bagus untuk kulit. Memiliki saiz molekul yang kecil untuk penyerapan maksima ke dalam kulit dan lebih berkesan dari ASCORBIC Acid yang asal.
  • Antara kelebihan 3-O-Ethyl Ascorbic Acid adalah keupayaan mencerahkan wajah dengan menyekat aktiviti tyrosinase yang menghalang penghasilan melanin penyebab pigmentasi dan tona tidak sekata.
  • Ia juga tinggi anti-oksida, anti-radang, menghalang pembiakan bakteria, meningkatkan kompleksi wajah, menganjalkan kulit, membaikpulih sel kulit, dan mencepatkan penghasilan kolagen dalam tubuh.

CARA PENGGUNAAN :

SIANG

  • Cuci wajah dengan Brightening Series Whitening & Moisturise Cleanser. Pam sedikit di tapak tangan. Buihkan dengan sedikit air. Urut lembut pada seluruh wajah selama 2 minit. Bilas hingga bersih.
  • Sapu Brightening Series Super Hyaluronic Acid Serum pada seluruh wajah.
  • Sapu Brightening Series Anti Ageing Moisturiser pada seluruh wajah serta leher dan biar ia meresap sebelum penggunaan produk seterusnya.
  • Semburkan Collagen Facial Spray pada wajah untuk melembapkan kulit.
  • Sapu UV Defense Cream Hydrating Tinted Sunscreen pada wajah untuk perlindungan UV.


MALAM

  • Cuci wajah dengan Brightening Series Whitening & Moisturise Cleanser. Pam sedikit di tapak tangan. Buihkan dengan sedikit air. Urut lembut pada seluruh wajah selama 2 minit. Bilas hingga bersih.
  • Sapu Brightening Series Super Hyaluronic Acid Serum pada seluruh wajah.
  • Sapu Brightening Series Anti Ageing Moisturiser pada seluruh wajah serta leher dan biar ia meresap sebelum penggunaan produk seterusnya.
  • Semburkan Collagen Facial Spray pada wajah untuk melembapkan kulit.
  • Sapu Soothing Gel pada seluruh wajah atau kawasan tertentu untuk melegakan kulit kering/mengelupas.

BAHAN UTAMA :

Water, Butylene Glycol, Niacinmamide, Trehalose, PEG-40 Hydrogentated Castor Oil, Sodium Hyaluronate, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Phenoxyethanol, Fragrance, 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, EDTA, Ethylhexylglycerin
No Pendaftaran : NOT180801281K


We Also Recommend

TOP