Rose Stem Cell Moisturiser Emulsion
Fungsi :
- Krim pelembap mewah dengan tekstur pekat yang diolah dari sel Damask Rose juga yang dikenali sebagai ratu segala bunga untuk melindungi keanjalan wajah disamping memberi lembapan maksima agar kulit lebih lembut, cerah dan bersinar.
- Damask Rose atau Rosa Damascena berasal dari Timur Tengah Kota Damascus, Syria. Digunakan secara meluas di serata dunia untuk tujuan komersil, kecantikan, kulinari, kesihatan dan pewangi.
- Damask rose mengandungi pelbagai komponen yang memainkan peranan penting untuk kecantikan kulit seperti Citral, Eugenols, Flavonoids dan Geraniol.
- Citral adalah komponen ‘antimicrobial’ yang penting untuk proses sintesis Vitamin A. Eugenol dan Flavonoids adalah salah satu sumber antioksida tertinggi di dunia. Geraniol menghasilkan aktiviti antiseptik yang 7 kali lebih kuat berbanding phenol.
- Sel Damask Rose memiliki ketahanan yang tinggi terhadap radiasi UV dan menghasilkan sejumlah besar polyphenol (flanovoids) dalam fasa perkembangannya.
- Rose hips (bahagian dalam kuntuman bunga) adalah sumber tertinggi anti-penuaan, anti-oksida, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin D dan Vitamin E. Kesemua komponen ini penting untuk mengurangkan garis halus, dan yang paling penting membantu meningkatkan fibroblast dan penghasilan kolagen untuk keanjalan kulit.
- Sel Damask Rose sangat ideal untuk merawat kulit kering dan sensitif kerana ia memiliki kandungan hidrasi yang tinggi. Konsentrasi nutrien seperti antioksida, pelbagai jenis mineral serta vitamin membantu mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit menjadikan ia ideal untuk semua jenis kondisi kulit berkaitan kering.
- Ia juga memainkan peranan penting dalam menghalang ‘cellular oxidation’ yang disebabkan oleh pencemaran luar. Pendedahan berterusan pada matahari menyumbang kepada lebihan penghasilan ‘reacive oxygen species’ (ROS) yang menggalakkan pecahan protein kolagen dan elastin. Perpecahan ini punca kepada pembentukan kedutan dan kehilangan keanjalan kulit.
- Gabungan Peptide & Sodium Hyaluronate membantu mengurangkan kedutan dan melembapkan kulit secara maksima.
- Apabila kolagen dalam badan berkurangan / berpecah, ia membentuk rantaian pendek amino asid. Rantaian ini terdiri daripada protein kecil dan molekul aktif yang dikenali sebagai peptide. Peptida berfungsi menghantar mesej kepada kulit untuk menghasilkan lebih kolagen sebagai pengganti kolagen yang hilang. Jadi apabila produk yang mengandungi peptide disapu pada kulit, ia akan menggalakkan penghasilan kolagen yang lebih dan cepat sekaligus dapat mengelakkan kemunculan kedutan dan menganjalkan kulit.
- Produk yang mengandungi Sodium Hyaluronate membantu menggantikan kehilangan Sodiun Hyaluronate yang wujud semulajadi dalam kulit yang disebabkan oleh radikal bebas dan penuaan.
- Sodium Hyaluronate memiliki saiz molekul yang terkecil untuk menyerap dan menyimpan air dalam lapisan dermis kulit bagi mengekalkan kelembapan dan penyerapan nutrien ke dalam kulit.
- Mengandungi Asparagopsis Armata (red algae) yang mengandungii pelbagai jenis vitamin, mineral, dan amino asid. ia juga kaya dengan antioksida untuk membantu melindungi sel kulit dengan menghalang daripada toksin dan radikal bebas daripada memasuki badan agar badan mampu menghasilkan sel kulit yang lebih sihat. Komponen polysaccharide dalam red algae memiliki anti-keradangan dan anti-bakteria yang mampu membersihkan kulit dan merawat ketidaksempurnaan kulit.
- Mengandungi Ascophyllum Nodosum extract (Seaweed) yang hidup di lautan atlantic, yang kaya dengan 14 jenis vitamin, 16 amino asid, dan mineral lautan yang wujud sama seperti dalam sel tisu badan manusia. Ia meredakan iritasi dan menggalakkan peredaran darah untuk pembaruan sel baru dan menyingkirkan kekotoran pada kulit.
CARA PENGGUNAAN :
- Ratakan pada seluruh wajah selepas penggunaan toner.
- Urut selama 2 -3 minit agar produk meresap.
BAHAN UTAMA :
Water, Triethylhexanoin Propanediol, Isononyl Isononanoate, Cyclomethicone, Dimethicone, Niacinamide, Sodium Polyacrylate, C18-21,Alkane, Trideceth-6, Rosa Damascena Leaf Cell Extract, Glycerin, Hydrogenated Starch Hydrolysate, Ascophyllum Nodosum Extract, Asparagopsis Armata Extract, Phenoxyethanol, Fragrance, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Sodium Hyaluronate, Tetrasodium EDTA, Acetyl Hexapeptide-8, Ethylhexylglycerin
No Pendaftaran : NOT180606878K