Putik Telaga Dara.
Putik Telaga Dara.
DESCRIPTION
Putik Telaga Dara merupakan pencuci wanita yang dihasilkan daripada adunan herba terpilih seperti Kacip Fatimah, sirih dan daun pudina bersama kebaikan gamat yang ternyata mampu mengatasi masalah keputihan, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim sekaligus memberikan kesegaran yang berpanjangan buat tubuh badan anda.
KEBAIKAN PUTIK TELAGA DARA
Membersihkan bahagian intim kaum wanita
Mencegah jangkitan kuman pada bahagian intim
Mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim
Memelihara kelembapan kulit
Meningkatkan keanjalan kulit
Mengatasi masalah kulit kering dan kasar yang menjejaskan keselesaan bahagian intim
Membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil
Membantu mengetatkan otot faraj
Mengekalkan kehalusan dan kelembutan kulit
Menyejukkan dan menyamankan bahagian intim anda
Menyegarkan bahagian intim anda sepanjang hari
KANDUNGAN PUTIK TELAGA DARA
Daun Pudina: Selain membantu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, daun pudina juga dapat menyingkirkan toksin serta mengatasi masalah kegatalan kulit. Ia juga dapat menyejukkan dan menyamankan bahagian intim seterusnya menjadikan anda lebih selesa sepanjang hari.
Daun Tea Tree: Daun pokok T-tree atau gelam wangi bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman sekaligus membantu mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim. Malah, ia juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta menyejukkan dan mendinginkan kulit sekaligus memberikan kesegaran buat bahagian intim anda.
Sirih: Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim kaum wanita.
Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj serta membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil.
Vitamin E: Vitamin E merupakan agen antioksidan yang berkesan untuk meningkatkan keanjalan, kehalusan dan kelembapan kulit selain dapat membantu melindungi sel kulit daripada kerosakan.
Gamat: Gamat sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain memelihara kehalusan dan keanjalan kulit.
CARA PENGGUNAAN PUTIK TELAGA DARA
Buihkan gel Putik Telaga Dara dan gosokkan pada bahagian intim.
Bilas sehingga bersih.
Gunakan 2-3 kali sehari terutamanya ketika haid untuk kesegaran yang berpanjangan.